BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bercuti bersama keluarga tersayang




Jumaat..12/3

Hubby sampai labuan jam 9.20 mlm...dah lama tak jumpa hubby rindu ah pulak...malam tu konon nak ambil sendirilah..nak tunjuk kete baru kat hubby...malangnya perasaan takut pun datang so aku ambil kak momoi..temankan..(jangan pandang belakang).

Sabtu..13/3

Bertolak dari teminal feri Labuan ke Kota kinabalu..mengambil masa dalam 3 jam takutlah jugak yerlah tengah sarat mengandung....Perjalanan amat membosankan...alif ..tak pernah penat..satu feri dengar suara dia..kekadang malu gak orang tak leh nak tido.....

Jam 12.00...sampai ke jeti Kota kinabalu...penat bercampur lapar...apa lagi gi makan kat restoran nasi padang...memang sedap ..hege pun bukan main sedap...Selesai melantak kami check in di Apartment Api-api 1(Amat selesa.)so terus berehat..anak2 pun dah semacam ajer..penatnya. Jam 4.30 petang kami pun merendek kat Centre Point tak der apa yang dicari saja jalan2...dah puas kami ambil teksi terus ke Komplek Karamungsing..pun saja cuci mata.Balik Apartment terus berehat...

Ahad 14/3

Jam 7 pagi kami pun bertolak ke Kundasang nak bawa anak2 tengok Gunung Kinabalu...memang anak2 teruja....sampaikan alif menangis nak mendaki gunung.....amboi dia ingat kan macam jalan2 kat shooping kompleks apa......jam 1.00 ptg sampai kat apartment semula berehat....penat sangat....so belum habis lagi shooping kami pun ke Boneo shooping Kompleks...apa lagi waktu nielah nak shooping....bukan main best lagi anak2..yerlah kat labuan tak leh nak shooping..sampailah jam 9.00 baru kami balik semula ke apartment coz esok dah nak balik labuan....

Isnin 15/3

Jam 1.30 ptg kami pun bertolak balik ke labuan...sekali sekala bercuti bersama keluarga nie best jugak...yerlah jarang sekali berjalan bersama hubby tercinta...segala aktiviti akan bersambung selepas aku bersalin anak ke4...lepas nie nak cuba bercuti luar malaysia pulak..insyaallah...

lama tak update

emmm...dah lama aku rasa tak update blog nie bukan apa bz sikit...menguruskan anak2 mengurus diri sendiri, menguruskan baby dalam perut..semua nak di uruskan sendiri badan tetap tak kurus-kurus.....

Adakalanya aku rasa bosan dalam melakukan semuanya tapi apa boleh buat...aku tetap akan teruskan....kehidupan yang sepenat ini....

Allah itu maha kaya...diberikan aku sabar...AMIN.....semoga apa yang aku impikan selama ini akan aku perolehi.....AMIN...